Apa yang saya jangka daripada program Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan
Pertama sekali , saya amat bertuah kerana saya dapat menyambung pengajian ke Politeknik Seberang Perai ini. Untuk pengetahuan anda semua, politeknik adalah pilihan terakhir saya untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma. saya juga tidak pernah tahu wujudnya kursus yang ditawarkan kepada saya ini.
Setelah mempelajari , mengetahui dan memahami sedikit sebanyak tentang kursus ini , saya mendapati terdapat pelbagai cabang pekerjaan yang akan ditawarkan setelah tamat pengajian nanti. Peluang pekerjaan yang banyak bagi graduan kursus ini menyebabkan saya semakin bersemangat dan ingin meneruskan pengajian saya dalam bidang ini. Antara jenis jawatan bagi graduan kursus ini di sektor awam dan swasta ialah:
- Supply Chain Executives/Officers,
- Logistics Executives /Officers,
- Purchasing Executives/officers
- Warehouse Executives/Officers
- Transport Executives/Officers
- Production Executives/Officers
- Freight Operation Executives/Officers
- Distribution Centre Executives/Officers
- Logistics Analyst
- Logistics Executives/Officers
- Supply chain Analyst
- Quality Assurance Executives/Officers
- Logistics planner
- Transport Planner
- Production planner
- Inventory Control Executive
Apa yang saya ingin capai selepas tamat program Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan
Buat semua pembaca , pasti setiap seorang daripada kita inginkan perkerjaan yang bagus selepas bergelar graduan nanti. Begitu juga kepada saya dan rakan seperjuangan yang lain. Setelah tamat program ini nanti saya ingin memegang salah satu jawatan yang bersesuaian dengan bidang yang saya ceburi ini.
Dengan itu, saya akan memahami dan belajar bersungguh-sungguh untuk terus maju dengan program ini. Selain itu, saya ingin terus menerus bekerja dalam bidang ini kerana setelah memahami sedikit sebanyak tentang program ini dansaya mula meminati tentang kursus yang saya ceburi ini.
sesi MSK
berapakah gaji basic lepasan diploma :) ?
ReplyDeletesusah ke belajar pengurusan logistik ni?
ReplyDeletesaya tngh memohon ni bidang... jika sya dpt, sya hrp sya tertarik dan berusha mcm akak😀
ReplyDeleteakak.. susah tak logistik ni? apa perkembangan akak skrang?
ReplyDelete